Dunia itu menggoda, menipu daya serta mempesona,
Akhirnya memecah belahkan sahabat handai,
Sanak saudara dan sesama manusia,
Belum dapat pun dia menggoda,
Melalaikan dan menyibukkan,
Dia lebih jahat dari syaitan
Kerana ia jambatan nafsu,
Nafsu jalan syaitan,
Akhirnya lupa kepada Tuhan,
Tidak minat hidup diakhirat yang terpinggir,
Tidak dapat pun susah, dapat pun lagi menyusahkan,
Tidak dapat pun melalaikan,
Sudah dapat lagi melalaikan,
Bila sudah dapat tidak puas-puas,
Hendak lagi, hendak dan hendak lagi,
Tidak ada lagi kerehatan,
Bahkan tidak ada ruang untuk mengingati Tuhan,
Walau pun sembahyang, dunia yang diingatkan,
Fizikal sahaja yang sembahyang, hati melayang-layang,
Penghujungnya dunia menjadi Tuhan,
Bukan Allah lagi menjadi Tuhan,
Mati pun dalam keadaan dunia diingatkan,
Selepas mati, barulah dikejutkan,
Bahawa dunia adalah menipu daya,
Hingga sampai dia menjadi Tuhan,
Barulah datang penyesalan,
Tetapi sudah terlambat,
Begitulah sifat dunia,
Lebih jahat dari syaitan.
Fizikal sahaja yang sembahyang, hati melayang-layang,
Penghujungnya dunia menjadi Tuhan,
Bukan Allah lagi menjadi Tuhan,
Mati pun dalam keadaan dunia diingatkan,
Selepas mati, barulah dikejutkan,
Bahawa dunia adalah menipu daya,
Hingga sampai dia menjadi Tuhan,
Barulah datang penyesalan,
Tetapi sudah terlambat,
Begitulah sifat dunia,
Lebih jahat dari syaitan.
No comments:
Post a Comment