Monday, 23 December 2013

CARTA ALIR PINDAHMILIK YANG ADA GERAN ASAL

1) PENYAKSIAN BORANG 14A

SELESAI

2) HANTAR NOTIS TAKSIRAN LHDN BORANG SEK 5

SELESAI

3) PENDAFTARAN DI PEJABAT TANAH ATAU PEJABAT PENDAFTAR DI MANA HAKMILIK TERSEBUT DIKELUARKAN

DUNIA ITU MENGGODA

Dunia itu menggoda, menipu daya serta mempesona,
Akhirnya memecah belahkan sahabat handai,
Sanak saudara dan sesama manusia,
Belum dapat pun dia menggoda,
Melalaikan dan menyibukkan,
Dia lebih jahat dari syaitan
Kerana ia jambatan nafsu,
Nafsu jalan syaitan,
Akhirnya lupa kepada Tuhan,
Tidak minat hidup diakhirat yang terpinggir,
Tidak dapat pun susah, dapat pun lagi menyusahkan,
Tidak dapat pun melalaikan,
Sudah dapat lagi melalaikan,
Bila sudah dapat tidak puas-puas,
Hendak lagi, hendak dan hendak lagi,
Tidak ada lagi kerehatan,
Bahkan tidak ada ruang untuk mengingati Tuhan,
Walau pun sembahyang, dunia yang diingatkan,
Fizikal sahaja yang sembahyang, hati melayang-layang,
Penghujungnya dunia menjadi Tuhan,
Bukan Allah lagi menjadi Tuhan,
Mati pun dalam keadaan dunia diingatkan,
Selepas mati, barulah dikejutkan,
Bahawa dunia adalah menipu daya,
Hingga sampai dia menjadi Tuhan,
Barulah datang penyesalan,
Tetapi sudah terlambat,
Begitulah sifat dunia,
Lebih jahat dari syaitan.

Diam Orang Mukmin Itu Ibadah

Diam orang mukmin itu ibadah, 
Ibadah tanpa perbuatan, Ibadah rasa, 
Ibadah ini tidak meletihkan, 
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat, 
Yang hatinya didalam kelalaian, 
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah? 
Kadang-kadang memikirkan dosanya, 
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat, 
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan, 
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan, 
Atau dia meniatkan, dia diam itu, Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan, 
Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap, Takut dia melakukan kesalahan, 
Seperti dia mengumpat atau, Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang, 
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang, 
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran, 
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu, Baik atau jahat, 
Dia biarkan saja orang itu bercakap, Dan mendengar sahaja, 
Kerana nak mengenal orang itu, 
Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu, 
Ataupun kecuaian dan kelalaian, Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat, 
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan, 
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan, 
Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu, 
"Diam-diam ubi berisi" 
"Diam-diam tong kosong" Atau 
"diam-diam tong penuh berisi kekotoran"